Tuesday 1 July 2014

EASIEST WAY TO MAKE TIRAMISU

Hai geng!!
Memandangkan dah takde keje lain nak buat skarang ni,so aku nak kongsi sikit the easiest way to mak tiramisu...memang simple and super delicious!!!Actually recipe ni aku refer dari DR Ezani..kenalkan??season 1 punye masterchef..So jom tinjau cara nak buat tiramisu ini......

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus biskut Lady's finger (bole je cari kat supermarket...)
  • 3 biji telur
  • 250g cheese mascorpone (tapi aritu aaku guna cream cheese cheddar...sedap jugak)
  • 1/3 cawan gula castor
  • 300ml whipping cream
  • 1 atau 2 penutup esen vanilla
  • 2 cawan air kopi
  • serbuk koko
  • hirisan dark chocolate
CARA-CARA:

  1. Pisahkan putih telur dan kuning telur
  2. Didihkan air dalam periuk
  3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan mixer dalam mangkuk di atas periuk yang dididihkan air tadi (double boiler) sehingga kembang dan kental.
  4. Dah kental?tutup api an biarkan sejuk sekejap
  5. Then,masukkan cream cheese dan putar sampai sebati
  6. Masukkan pula esen vanilla
  7. Dalam mangkuk yang berlainan,pukul whipping cream sampai pekat dan bertanduk (tips: biarkan whipping cream dalam peti sejuk beku for 5 minutes supaya cepat untuknya kembang dan ketal..ok??)
  8. Satukan dan kaup balikkan whipping cream yang dah kental tadi dengan adunan cheese dan kuning telur tadi
  9. Dalam bekas lain juga,pukul putih telur sampai bertanduk (kalu terbalikkan bekas tu telur takkan jatuh),then repeat step 8
  10. Buat air kopi dan celupkan biskut jari tu ye...
  11. Susun dalam bekas(buat satu lapisan) dan tutupkan dengan cream yang dah sempurna dibuat tadi,then put the second layer and letak lagi crem sampai la korang punya lady's finger tu habis
  12. Setel?taburkanla serbuk koko diatas tiramisu itu..
  13. Nak lebih awesomee????Taburkan dark chocolate.....
  14. Bolelah hidangkan kepada orang tersayang.......hheheheh
Kalau nak yang 3D punye cara supaya lebih senang kita tengok.try bukak video ni:

http://www.youtube.com/watch?v=5OieSm27KPo

Monday 30 June 2014

IN THE MAKING OF CREAMPUFF

helo geng!!
Lama dah tak ber-blogging n bila nak start balik dah rasa kaku...hahha...
Sejak dah abis blaja ni dan keje tak dapat2 lagi aku jadi buntu dah nak buat apa!!! so aku ada la letak bebepara plans untuk mengisi masa terbuang aku ni :

1. Apply cikgu ganti kat sekolah  (FAIL sebab cikgu takde yang nak bersalin!)
2. Apply cikgu pusat tuisyen (FAIL sebab dah cukup dah semua cikgu kat situ!)
3. Dok umah baking and pastry-ing...hahah (PASS selagi duit aku tak abis nak beli bahan2..)
4.Business cupcake +creampuff (TAKDE confident lagi....acaner?? )
So,dalam 4 list di atas,harini aku akan share dengan korag apa yang aku dah buat dalam list yang ke-3 :


             IN THE MAKING OF CREAMPUFF

BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT PUFF:
  • 200g butter
  • 250g raising flour
  • 6 biji telur
  • 500ml air
  • satu tutup esen vanilla
  • 1sudu teh gula
dah cukup ke bahan-bahan???ok lets get started!!

CARA-CARA:
  1. Satukan butter air dan gula dalam satu periuk or apa-apa bekas la dan panaskan hingga mendidih
  2. Bila dah mendidih,masukkan terus tepung n kacau laju-laju sampai jadi dough.Dh jadi dough??ok..tutup api
  3. Dough tadi putarkan pulak dengan mixer with average speed
  4. Add up telur one each and putar bagi sebati dan letak lagi telur n putar lagi sampai la telur y keenam
  5. Masukkan esen vanilla yang wangi tu..
  6. Pukul lagi sampai lembut dan sebati,then masukka dalam piping bag
  7. Dulang yang nak dibuat pembakaran tu balutkan dengan aluminium foil(sapukan butter) ye n pipe kan atas dulang tu
  8. Renjiskan dough dengan air supaya senang dough tu naik
  9. biarkan dalam oven about 20-30 minutes pada suhu 200 degree celcius
Jom buat castard cream pulak!!

BAHAN-BAHAN:
  • 500ml susu segar (aku guna fullcream dutch lady)
  • 7sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter
  • 1 biji telur
CARA-CARA
  1. Satukan all the ingredients dalam satu periuk
  2. Kacau sampai tepung cair dan tak berketul
  3. Then nyalakan api dan kacau sampai jadi smooth and bercream
  4. Tutup api dan biarkan sejuk
  5. Kemudiannya masuk dalam piping bag an titipkan di ruangan tengah puff sehingga penuh
  6. Nak lagi cantik dan menarik guys??taburkan gula icing atas cream puff ye..
Inilah hasil creampuff yang aku buat..tak kemas sangat tapi bolela untuk orang y baru mencuba macam aku ni..hehe:















Monday 20 January 2014

mini pavlova baked with love........

Hai semua......lama dah tak berblogging...busy la katakan...malas pon ye jugak...heheheheh...Baru-baru ni aku and sisters ada try buat pavlova....resepi tu aku tengok2 dari MyResepi.com...so...harini nak share sikit on how to bake pavlova with full of love for ur loversssss.....hehehehhe...Lets check it out!!!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah...:

~ 4 OR 5 Biji putih telur sahaja....(putih telur je ye................................)
~ 1 cawan gula castor
~ 2 sudu makan tepung jagung
~ 1 sudu teh cuka makan
~ 1 cawan whipped cream
~ Buah-buahan yang dirasakan sesuai...(aku guna oren and epal hijau jerrr)

Cara-caranya adalah...:

~ pukul putih telur sampai berbuih and masukkan gula sampai bertanduk(kalau terbalikkan mangkuk tu  jatuh la adunan...hehheeh)
~ semangkuk senyuman dengan hati y ikhlas...hahah(just joking)
~ masukkan tepung jagung yang telah diayak di dalam adunan
~ pukullah adunan and masukkan cuka makan...
~ panaskan suhu 10 minutes awal pada suhu 150 degree celcius
~ masukkan adunan ke dalam cupcake n bakar for about 1 jam 20 minit...(suhu lepas 1/2 jam turunkan 130darjah celcius..)
~ lepas dah siap bakar,biarkan pavlova dalam oven selama 20 minit and lepas tu barulah letak topping(fruits) and vwhipped cream..
~nyum nyum..ready untuk dimakann....
                                           
                                             Ini hasil mini pavlova saya n sisters....: